Sunday, March 10, 2013

ketumpang air / sirih cina

Ketumpang air atau mudah dikenali sebagai sirih cina ini banyak khasiatnya yang tidak diketahui ramai. Sifatnya yang hidup dikawasan yang lembab seperti tepi-tepi longkang membuatkan orang ramai tidak mengambil tahu tentang khasiatnya. Untuk pengetahuan umum, warna putih yang terdapat dibawah daun sirih ini adalah anti bacteria.
 
Antara khasiat yang terdapat ialah :
  • merawat artritis
  • reumatisme
  • penawar sakit sendi dan perut
  • jusnya mengelakkan jangkitan pada mata
  • cirit-birit
  • batuk
  • selsema
  • jangkitan pada pundi kencing
sumber rujukan

Tuesday, March 5, 2013

lidah buaya / aloe vera

Lidah buaya atau dikenali juga dengan aloe vera sangat terkenal dikalangan penduduuk Malaysia. Tumbuhan kecil ini boleh mencecah ketinggian seseorang yang sedang berdiri. Sifatnya yang mudah ditaman dan membiak dijadikan sebagai tanaman hiasan di rumah.

Antara khasiatnya ialah : 
  • menghentikan pertumbuhan tumor
  • merendahkan kadar kolesterol
  • memperbaiki sel darah
    menambah oksigen di dalam darah
  • menghalang penyakit kidney stone dan kesan kafein dari kopi dan teh
  • memberi keseimbangan asid/alkali di dalam badan
  • menyembuhkan penyakit ulser, sistem penghadaman
  • mengurangkan tekanan darah tinggi dengan
  • merawat punca, bukan hanya simtom
  • menambah mineral, vitamin, enzim dan nutrien di dalam badan
  • mempercepatkan sembuh dari kesan melecur, terbakar
  • merawat luka sehingga tidak meninggalkan parut
  • menggantikan first aid kit (peti pertolongan cemas), berfungsi sebagai bandage kerana ia bersifat anti-bakteria
  • menghentikan kanser colon
  • sebagai pelincir salur perkumuhan
  • menghilangkan buasir
  • meneutralkan gula di dalam darah
  • memelihara buah pinggang dari penyakitmenghalang jangkitan
  • memberi keseimbangan elektrolit seperti minuman tenaga
  • memelihara muka, kulit dan membaiki sel yang rosak
  • menguatkan ketahanan badan (sistem imunisasi)

patawali / akar seruntun

Assalamualaikum, hari ini saya akan berkongsi mengenai khasiat akar seruntun atau nama saintifik Tinospora Crispa L. Miers. Tumbuhan seperti ini hidup menjalar dan tiada dahan. Biasanya tumbuh dikawasan kampung. Tumbuhan ini juga mempunyai getah yang agak pahit rasanya. Rasa yang pahit banyak khasiat yang tersirat didalamnya...

 Antaranya ialah :
  • Anti-Diabetes (Mencegah dan Merawat Kencing Manis)
  • Anti-Oxidant (Nyah Toksik)
  • Anti-Malaria (Mencegah dan Merawat Demam Malaria)
  • Anti-Inflammation ( Mencegah Keradangan)
  • Anti-Radical ( Mencegah Masalah Kulit)
  • Merawat Rheumatism (Sakit Sendi)
  • Mencegah Darah Tinggi
  • Menguatkan Saraf Dan Tubuh Badan
  • Menguatkan Tenaga Batin 
Setakat itu sahaja yang saya boleh kongsikan berdasarkan pengamatan saya. Sebarang pertanyaan sila commen...

Monday, March 4, 2013

Khasiat Pegaga

Assalamualaikum... Pertama sekali saya akan berkongsi dengan anda tentang khasiat pegaga... Pegaga biasanya mudah dijumpai dan mudah ditanam di tanah yang lembab, biasanya di tepi-tepi jalan yang berumput...

Antara khasiat pegaga ialah:
  • baik untuk wanita yang mengandung dan melahirkan anak
  • menguatkan sel otak  
  • menyegarkan badan
  • merawat pitam
  • mengurangkan berat badan
  • awet muda 
  • minuman penyejuk badan 
  • menghilangkan bintik hitam di bahagian muka
Rujukan:
http://www.mummynemo.com/2011/01/khasiat-daun-pegaga/

Salam Perkenalan

 

Assalamualaikum w.h.t...

Pertama sekali nak ucapkan selamat datang ke blog ini. Dalam blog ini akan
memincangkan tantang kebaikan herba/tumbuhan yang ada
di negara kita, Malaysia...